SAMAN FITNAH
Catatan oleh Samry bin Masri
20 Oktober 2022
Catatan oleh Samry bin Masri
20 Oktober 2022
Antara kes yang banyak juga kami kendalikan selain kes2 jenayah adalah kes saman fitnah. Orang kita panggil saman malu. Siapa yang boleh saman malu? Jawapannya sesiapa sahaja. Asal ada modal nak upah peguam.
Bagaimana nak menang saman malu? Jawapannya kena buktikan 3 perkara.
Apa 3 perkara tu?
1. Kata2 (atau tulisan) itu merujuk pada kita dan disampaikan pd pihak ke3..
2. Kata2 (atau tulisan) itu tak betul, bohong, diada2kan bla bla bla;dan
3.Kata2 (atau tulisan) itu buat orang menyampah ngan kita, sisihkan kita, jadikan kita bahan lawak dll.
(Ada la benda2 lain lagi teknikal sket).
Berapa kita boleh dapat? Leh dapat juta2 ke?
Jawapannya bergantung pada siapa kita. Kedudukan kita. Berapa besar bentuk kemaluan kita tu.. so far yg besar2 pun xdalah dapat sampai berjuta2. Yg dapat RM1 pun ada. Itu dipanggil gantirugi menghina..
Oleh itu, sebelum nak saman malu pastikan :-
1.Kita kena ada modal yg munasabah untuk lantik peguam yang munasabah,
2.Kita kena pasti kata2 tu ditujukan pada kita dan disebarkan pd org lain,
3.Kita kena pasti kata2 tu adalah x betul,
4.Kita kena pasti kata2 tu sebabkan pembaca atau pendengar untuk pandang serong kat kita, dan
5.Kita kena pasti kata2 tu beri kesan yg buruk/kerugian pada kita..
.
Wallahualam
20 Oktober 2022