RAYUAN KEPUTUSAN
Catatan oleh Samry Masri
23 Mac 2022
Catatan oleh Samry Masri
23 Mac 2022
Hadir hari ini bagi pendengaran sambungan rayuan anakguam kami terhadap keputusan Mahkamah Sesyen yang mendapati beliau bersalah dan menjatuhkan hukuman penjara 3 tahun terhadap beliau atas kesalahan di bawah Seksyen 324/326A KK.
Anakguam kami adalah seorang juruteknik elektrik tetapi memilih untuk mengendalikan sendiri perbicaraan semasa di Mahkamah Sesyen.
Malangnya, maklumat dan tunjuk ajar rakan2 tidak berjaya menjadikan beliau seorang yang arif dalam hal undang2 dalam masa yang singkat sebagaimana peguam peguam juga tidak dapat menjadi juruteknik elektrik seperti beliau tanpa mengambil masa yang panjang. Beliau tidak dapat mengemukakan pembelaan beliau dengan baik dan gagal sama sekali mematahkan keterangan2 saksi pendakwaan.
Di peringkat rayuan, tidak banyak perkara yang boleh dilakukan oleh peguam kerana tangan kami terikat dengan pembelaan dan soalan2 yang telah beliau kemukakan sebelum ini. Apa yang boleh dilakukan adalah membangkitkan perjara2 teknikal dan ketidakpatuhan pada prosedur2 perundangan yang mantan.
Kami sudah berusaha sedaya upaya dan kini menanti keputusan Mahkamah yang akan diberikan pada 20hb. April nanti.
Semoga dapatlah anakguam beraya di rumah tahun ini bersama keluarga.
Wallahualam
23 Mac 2022