RAYUAN DITERIMA
Catatan oleh Khairul Naim Rafidi
20 April 2022
Catatan oleh Khairul Naim Rafidi
20 April 2022
Pasukan peguam Perayu diketuai oleh Tuan Sam Masri. Pada awalnya, tertuduh telah dibicarakan atas pertuduhan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan.
Di akhir perbicaraan, Perayu yang tidak diwakili oleh peguam sepanjang perbicaraan telah disabitkan dan dijatuhkan hukuman pemenjaraan selama tiga tahun.
Antara isu yang dibangkitkan pada rayuan kali ini adalah berkenaan dengan hak Perayu dalam perbicaraan apabila tidak diwakili oleh peguam seperti yang termaktub di bawah Seksyen 257 Kanun Prosedur Jenayah.
Ringkasnya, peruntukan tersebut memelihara dan bertindak sebagai pelindung kepada tertuduh yang tidak diwakili peguam. Dalam keadaan seseorang itu tidak diwakili, mahkamah mempunyai tanggungjawab untuk menerangkan tentang hak bagi memberi keterangan sendiri serta diberitahu tentang perkara-perkara utama dalam keterangan pendakwa yang tidak menyokongnya. Hal ini penting supaya tertuduh mempunyai peluang untuk menerangkan serta menjelaskan tentang alegasi serta tuduhan yang berkaitan.
Setelah melalui beberapa sesi penangguhan bagi tujuan hujahan lanjut, akhirnya hari ini Mahkamah Tinggi Klang memutuskan bahawa hakim bicara telah khilaf dan sabitan hakim bicara diakas dan diketepikan. Oleh itu, Perayu dilepaskan dan dibebaskan.
Jelas bahawa setiap sabitan itu hendaklah mengikut lunas undang-undang dan sistem yang telah ditetapkan. Setiap sabitan yang mengurung mana-mana manusia di belakang tirai besi harus disulami dengan keterangan dan bukti kukuh, disamping memelihara haknya sebagai seorang manusia. Dalam sistem keadilan jenayah, keseimbangan itu adalah penting. Setidak-tidaknya, itu takrifan keadilan bagi majoriti manusia.
Alhamdulillah. Rezeki Perayu untuk beraya tahun ini disamping keluarga.
Tahniah Tuan Samry Masri, Tuan Azam Rashid, dan seluruh pasukan!
#PulangBilaMenang #KhairulNaimRafidi
20 April 2022