MANGSA SCAMMER
Catatan oleh Samry Masri
13 Januari 2022
Catatan oleh Samry Masri
13 Januari 2022
Harini seorang rakan peguam rujuk satu kes pada kami dan bawa client ke pejabat kami. Client di saman sebanyak RM3 juta oleh sebuah syarikat dari luar negara.
Ceritanya mudah sahaja..Client ni didatangi seorang lelaki bernama Tan yang pada asalnya meminta beliau membekalkan beberapa barangan. Selepas berkenal kenalan, anakguam menberitahu akan masalah perniagaannya yang merosot disebabkab PKP apabila ditanya oleh Tan.
Tan menawarkan bantuan dengan syarat dibenarkan menggunakan akaun dan syarikat beliau. Beliau setuju. Tak sampai sebulan, dua transaksi wang masuk masuk ke akaun beliau daripada luar negara. Tan menyuruh beliau mengeluarkan cash dan menyerahkan wang kepadanya, kononnya disebabkan PKP maka mereka perlukan cash in hand. Client ni akur.
Apabila masuk transaksi ketiga, tiba-tiba akaun beliau dibekukan dan transaksi kewangan terhalang. Rupa-rupanya akaun beliau digunakan oleh Tan bagi tujuan penipuan.
Kini, selain berdepan siasatan polis dan kemungkinan dituduh di Mahkamah untuk kes 420 atau 424 Kanun Keseksaan, syarikat client ni, beliau dan anak beliau (yang hanya sekadar menjadi penumpang di dalam syarikat) dituntut untuk.memulangkan wang yang telah diterima. Sekiranya tuntutan mereka berjaya, client ni berpotensi kehilangan segalanya termasuklah aset peribadi yang tidak ada kena mengena dengan transaksi yang berlaku.
-------------------
Skrip yang sama, masa yang berbeza. Situasi seperti ini dah selalu sangat kami jumpa. Ramai discam sehingga menjadi scammer..Ramai dikeldaikan sehingga menjadi keldai akaun.
Hati-hatilah semua. Kesempatan tak semestinya diambil orang hanya apabila kita senang tetapi selalunya bila kita susahlah lagi senang kita dimapulasi dan diambil kesempatan.
Wallahualam
13 Januari 2022