KES KECIL - MENGAKU SALAH ATAU TIDAK?
Catatan oleh Samry Masri
12 Januari 2022
Catatan oleh Samry Masri
12 Januari 2022
Tadi majistret tanya di Mahkamah terbuka, kes kecil je taknak mengaku ke?
Biasa sangat dah berlaku di merata Mahkamah tapi biasanya kami dipanggil ke kamar dan segalanya off record. Walaubagaimanapun, kali ini dizahirkan di mahkamah terbuka di hadapan pelbagai pihak.
‐---------------
Anakguam dituduh di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan, suatu kesalahan yang boleh dihukum penjara selama yang boleh sampai enam bulan atau denda yang boleh sampai dua ribu ringgit atau kedua-duanya. Dari segi kebiasaannya bagi kes-kes sebegini, hanya denda yang dikenakan. Kebiasaan bagaimanapun bukanlah suatu kemestian.
Kecil atau besar sesuatu kes, adalah hak tertuduh yang dijamin oleh perlembagaan untuk membela diri.
Kami sebagai peguam, apabila dilantik bertanggungjawab membentangkan segala option-option yang ada buat tertuduh tetapi apa juga pilihan adalah hak tertuduh sepenuhnya. Kami akan menasihati dan memaklumkan anakguam pro n cons sesuatu pilihan yang dibuat.
Membela diri walaupun untuk kes-kes kecil adalah hak anakguam dan/atau tertuduh yang perlu dihormati oleh semua pihak termasuklah oleh Mahkamah.. Seseorang tertuduh tidak boleh "dipaksa" mengaku bersalah atas kesalahan yang tidak dilakukannya atas nama mempercepatkan proses dan atau menjimatkan kos serta ditakut-takutkan bahawa hukuman yang lebih berat akan menunggu sekiranya beliau tewas dalam perbicaraan.
Pada masa yang sama tertuduh tidak boleh dianggap sebagai "bongkak" atas kemampuannya melantik peguam dan memilih untuk membela diri walaupun untuk kes yang kecil dan peguam pula tidak boleh dicop sebagai "over confident" hanya kerana tidak "memaksa" anakguamnya mengaku bersalah dan memilih untuk mempertahankan anakguamnya melalui suatu perbicaraan.
Perbicaraan juga adalah penting untuk check n balance berlaku agar penguatkuasa tidak sewenang-wenangnya menyalahgunakan kuasa mereka. Ada kes di mana kuasa disalahgunakan kerana mereka yakin tertuduh akan hanya mengaku bersalah di Mahkamah kerana kes kecil dan tidak berbaloi untuk melantik peguam dan membela diri.
Di dalam kes ini, sekiranya anakguam mengaku bersalah, masih terdapat risiko bahawa beliau akan dipenjarakan, atau akan ada rayuan agar hukuman pemenjaraan dikenakan. Sekiranya anakguam mengaku bersalah atas sebab kos dan sebagainya (walaupun bermatian menafikan kesalahan), masih terdapat risiko bahawa beliau akan dipenjarakan samaada oleh majistret yang bertugas ataupun diperingkat rayuan. Tidak ada apa-apa yang boleh menghalang pendakwaraya daripada membuat rayuan.
Sekiranya ada rayuan untuk menambahkan hukuman walaupun majistret hanya menjatuhkan hukuman denda, anakguam tidak lagi boleh menukar pengakuannya kepada tidak bersalah. Ini adalah suatu risiko yang berat.
Selepas dikemukakan segala pilihan dan buruk baiknya kesan pilihan yang dibuat anakguam berkeras untuk membela diri dan insyaallah, kami akan cuba yang termampu bagi membela anakguam kami, tidak kira betapa "kecil" nya kes beliau tersebut.
Wallahualam
12 Januari 2022