JAMIN
Catatan oleh Samry Masri
2 September 2022
Catatan oleh Samry Masri
2 September 2022
Jaminan
------
Pagi ini seorang anakguam dituduh di Mahkamah Majistret Ampang di bawah seksyen 3(1) Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963, suatu kesalahan yang boleh didenda tidak melebihi RM20,000.00 atau dipenjara tidak lebih 3 tahun atau kedua-duanya sekali. Anakguam mengaku tidak bersalah dan dibenarkan diikat jamin sebanyak RM5,000.00.
Sementara itu, di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, seorang lagi anakguam kami dituduh di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan di atas kesalahan menyalahgunakan harta dengan curang. Bagi kesalahan ini anakguam berdepan hukuman penjara tidak kurang dari enam bulan dan tidak lebih lima tahun dan dengan sebat, dan bolehlah juga dikenakan denda. Anakguam mengaku tidak bersalah dan dibenarkan ikat jamin sebanyak RM50,000.00.
Jumlah jaminan adalah budibicara Mahkamah dan akan ditetapkan mengambilkira jenis kesalahan, pihak yang terlibat dan faktor-faktor rayuan yang dikemukakan. Tidak ada suatu jumlah khusus yang boleh dijadikan ukuran berapakah jumlah jaminan yang akan ditetapkan oleh seseorang hakim. Keutamaan utama jaminan adalah untuk memastikan tertuduh hadir ke Mahkamah pada tarikh-tarikh yang ditetapkan.
Wallahualam
2 September 2022