IKLAN YANG EKSTRIM
Catatan oleh Samry Masri
3 Jun 2022
Catatan oleh Samry Masri
3 Jun 2022
Pelbagai teknik pengiklanan muncul akhir2 ini. Antara yang popular adalah teknik menunjukkan kekayaan bagi memujuk audien menyertai sesuatu program perniagaan.
Sebelum ini kekayaan yang biasa ditunjukkan adalah rumah dan kereta mewah. Sampai ada kereta yang asalnya dikenali sebagai Ford Mustang kini dipanggil Ford MLM. Walaubagaimanapun cara ini agak tinggi kosnya untuk membeli atau menyewa sesebuah rumah atau kereta mewah.
Maka muncullah teknik terkini yang lebih murah berbanding menggunakan rumah atau kereta mewah. Disebalik menggunakan rumah atau kereta, ramai mula menayangkan wang tunai yang bukan sedikit malah ada yang melempar2kan sahaja wang tersebut sebagai tanda betapa kayanya mereka setelah menyertai program perniagaan tersebut. Malangnya, wang tersebut adalah wang palsu.
-----‐-------------------
Dari segi undang2, tiada kesalahan menggunakan wang, rumah atau kereta (tak kiralah sewa atau beli atau sewabeli) untuk digunakan sebagai alat pengiklanan. Apa yang menjadi kesalahan ialah apabila mereka "membuat" wang dengan cara melakukan photocopy dan mencetak wang2 tersebut.
Alasan yang biasa digunakan adalah ianya sekadar untuk pengiklanan dan bukan untuk digunakan sebagai asli.
Di bawah Seksyen 489A perbuatan memalsukan dan mencetak wang palsu adalah merupakan suatu kesalahan yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda. Seksyen ini berbeza berbanding Seksyen 489B atau 489C di mana tujuan untuk digunakan sebagai matawang asli bukan merupakan elemen yang perlu dibuktikan oleh Pendakwaan.
Mencetak perkataan spesimen di atas matawang tersebut juga tidak semestinya melepaskan anda daripada pertuduhan. Ini kerana Seksyen 489A tidak memperuntukkan apa2 kecualian. Maka adalah menjadi tugas anda untuk mencabar kes Pendakwaan dan menunjukkan bahawa dengan meletakkan perkataan spesimen tersebut anda mempunyai pembelaan yang baik dan harus dilepas dan dibebaskan oleh pihak Mahkamah.
Di akhir kalam, selalu kami pesan bahawa dalam suatu perlawanan tinju, walaupun akan ada pemenang tetapi hakikatnya, kedua2nya tetap menerima tumbukan. Anda mungkin akan berjaya dan dilepas serta dibebaskan tetapi tetap juga mengalami pelbagai kesusahan dan kerugian.
Sebaiknya, cegahlah sebelum perlu dirawat. Jauhilah pengiklanan sebegini (menggunakan wang palsu).
Wallahualam
3 Jun 2022