HUKUMAN TERHADAP KANAK-KANAK
Catatan oleh Samry bin Masri
27 Oktober 2022
Catatan oleh Samry bin Masri
27 Oktober 2022
Sementara menguruskan kes anakguam yang dituduh mencuri motorsikal, terpanggil untuk berkongsi sedikit ilmu..
-------
Kami taknak ulas pasal pertuduhan dan soal samaada adik ni boleh didapati bersalah atau tidak. Beliau telah dituduh dan diwakili oleh ramai peguam hebat .Insyaallah, adik ni akan diwakili sebaiknya. Disebalik apa yang berlaku, adik ni bernasib baik kerana masih berumur di bawah 18 tahun yang mana beliau masih ditakrifkan di bawah undang-undang sebagai kanak kanak.
Sebagai kanak-kanak, sekiranya didapati bersalah di bawah Seksyen 304, adik ini tidak akan dihukum di bawah seksyen tersebut dengan hukuman yang diperuntukkan oleh seksyen tersebut. Sebaliknya, Mahkamah akan menjatuhkan mana mana hukuman yang sebagaimana diperuntukkan di bawah Seksyen 91 Akta Kanak-Kanak. Antara hukuman yang biasa diberikan adalah bon berkelakuan baik di mana adik ini akan diletakkan di bawah pengawasan ibu bapa selama tempoh bon ataupun dihantar ke sekolah sekolah pemulihan yang ditetapkan untuk tempoh2 tertentu.
Walaupun Seksyen 91 Akta Kanak Kanak memperuntukkan hukuman penjara, dan seandainyalah Mahkamah memilih hukuman ini sekalipun, adik ini tidak akan dipenjarakan bersama banduan2 dewasa. Bagaimanapun, hukuman ini dari segi likelihoodnya, sangat jarang dikenakan ke atas pesalah kanak2. Pada masa yang sama, semua kesalahan juvana tidak akan direkodkan sebagai suatu sabitan kesalahan dan adik ini masih berpeluang meneruskan kehidupannya seperti biasa selepas.menjalani hukuman.
Wallahualam
27 Oktober 2022