LEPAS TANPA BEBAS
Catatan oleh Samry bin Masri
29 Ogos 2022
Catatan oleh Samry bin Masri
29 Ogos 2022
Hadir bagi pendengaran kes di Mahkamah hari ini. Anakguam dituduh di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan atas tuduhan memberikan ancaman ke atas pengadu.
Anakguam sebelumnya telah dituduh pada tahun 2020 dan pada tahun 2021, anakguam telah dilepas tanpa dibebas (DNAA) disebabkan ketidakhadiran pengadu.
Walaubagaimanapun, pada awal 2022 anakguam telah dituduh semula dan hari ini ditetapkan untuk perbicaraan. Malangnya, sekali lagi pengadu gagal hadir untuk memberikan keterangan.
Kami telah memohon agar anakguam dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan di atas alasan pihak pengadu/pendakwaan tidak bersungguh-sungguh dan/atau tidak berminat untuk menjalankan/meneruskan kes. Kami juga berhujah bahawa adalah tidak adil bagi anakguam sekiranya pertuduhan ini sentiasa berada di atas kepalanya sampai bila bila.
Di akhir prosiding, Mahkamah hanya membenarkan suatu perintah lepas tanpa bebas ke atas anakguam. Besar kemungkinan kami akan merayu atas keputusan tersebut.
Wallahualam
29 Ogos 2022